. BERJALAN MENUJU ALLAH: tips

HIBURAN

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Cara Menghapuskan Cicak di Rumah

Cara Menghapuskan Cicak di Rumah


Adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba;


TIPS (1)
MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.


TIPS (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.


TIPS (3)
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.


TIPS (4)
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.


TIPS (5)
Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya dengan menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.


TIPS (6)
Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejap sahaja setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.


Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.


Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini berkesan untuk anda dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika tak cuba kita tak akan tahu samaada cara-cara tersebut berkesan atau pun tidak.

Wednesday, May 4, 2011

Khasiat Halia Kandungan & Manfaat


Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.

Kandungan kimia
Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.
Kandungan & Manfaat
Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.

Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.



 

Kegunaan lain
Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.


Khasiat Halia
  1. Membantu untuk menghadamkan makanan.
  2. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
  3. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
  4. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
  5. Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
  6. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
  7. Menghilangkan bau busuk mulut.
  8. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
"Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."

Saturday, March 19, 2011

Cara Mengatasi Mulut Berbau


Mulut Berbau...katakan tidak pada masalah mulut berbau dengan Colgate...he he...kalau memang jenis mulut berbau bacin...gunalah ubat gigi maha hebat di dunia pun..memang susah nak hilang masalah bau mulut ni..Bakteria yang melekat dan bersarang di dalam mulut lebih aktif membiak berbanding berapa kali jumlah kita memberus gigi setiap hari. Tak terdaya nak mengejornya..

Sekarang ni..cuba perhatikan warna lidah kita..adakah berwarna merah jambu dan juga berkilat...jika jawapannya ya...TAHNIAH..anda bebas dari masalah mulut berbau...tapi jika sebaliknya lidah berwarna pucat dan keadaan bersisik putih...peh...nafas yang keluar dari mulut korang...confirm....eh..macam mana nak confrimkan yang mulut kita memang berbau? cuba tekupkan tangan di mulut dan hembus nafas...ada bau tak?...tak ada bau pun....bukan tak ada bau...sebab cara di atas adalah salah...cara yang betul ialah...cuba jilat tapak tangan korang dan biarkan beberapa saat...bila air liur dah kering cuba cium....selamat mencium...

Untuk buang terus masalah mulut berbau ni memang perlu ambil masa...tapi cara-cara mengatasinya tetap ada..pastikan mulut kita tidak selalu kering...kerpalah minum air supaya mulut kita dapat menghasilkan air liur yang mengalir dan proses refresh ini akan membuatkan mulut kita tidak kering dan kurang berbau..

Faktor pemakanan yang diambil juga membantu mengurangkan masalah bau mulut..kurangkan makan bawang putih, kari dan kalau boleh cuba makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan...Ingat..."Tiada bau Mulut, Ramai Rakan Berpaut....Bacin Bau Mulut, Rakan lari kelam kabut ".....
Sumber kitaran semuala

Diet Dan Tidak Merasa Lapar

Pernahkah anda memulakan diet tetapi akhirnya tertekan dengan rasa lapar?

Tiada apa yang dapat menjejaskan diet anda selain rasa lapar dan teringin kepada sesetengah makanan yang tidak sihat. Biasanya lagi kita cuba untuk meningggalkan makanan kegemaran kita contohnya mee goreng mamak, lagi kuat pula selera dan keinginan kita untuk makan mee goreng mamak tersebut terutamanya ketika perut sedang kelaparan. Kegagalan mengawal selera makan inilah yang biasanya menggagalkan kita dalam setiap program diet.

Kalaulah rasa lapar disebabkan diet ini boleh diatasi sudah tentu anda mampu untuk mengekalkan program diet yang sedang anda ikuti dengan lebih konsisten. Berita baiknya ada cara yang sihat, mudah dan berkesan untuk mengawal selera makan anda.

Kunci utama dalam pengawalan selera makan ialah dengan pengambilan makanan pembuka selera dalam jumlah yang kecil sebelum makan. Antara bahan yang berkesan dalam pengawalan selera makan ialah asid lemak berangkaian panjang yang boleh didapati dengan banyak dari minyak zaitun, minyak flaxseed, keju dan mentega kacang. Pengambilan makanan yang kaya dengan lemak sihat (healthy fats) ini boleh membantu mengawal selera makan anda. Maka anda akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil jumlah kalori yang rendah.

Berikut adalah contoh menu pembuka selera. Gunakan lemak sihat yang dicadangkan di sini dalam jumlah yang sedikit.

• 2 cawan salad digaulkan dengan 30ml minyak zaitun
• 56 gram ayam belanda dengan biskut bijirin penuh
• 56 gram keju dengan biskut bijirin penuh
• 56gram tuna dalam 30ml minyak zaitun
• ½ sudu mentega kacang dengan sayur saderi

Kajian telah membuktikan apabila makanan di atas diambil sebelum makan akan mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhan, memperlahankan perjalanan makanan daripada perut dan memanjangkan rasa kenyang sehingga 4 jam selepas makan.

Jika rasa lapar menjadi sebab utama kegagalan diet anda sebelum ini, bolehlah anda mencuba menu-menu pembuka selera yang mudah dan sihat ini!

Sunday, March 6, 2011

Tips Agar Kentut Tidak Berbau




Kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.
Tapi apa akan jadi kalau korang kentut dalam lif?..dalam kereta?...masa tengah meeting?..dalam kelas?..malu tak??..jangan risau..ada beberapa tips agar kentut tidak berbau.. 

  Berikut ini adalah tips agar kentut tidak berbau :


-Kurangkan memakan makanan yang tinggi kadar lemak. Makanan tinggi lemak  menghasilkan sejumlah besar Karbon Dioksida dan sebahagiannya akan dikeluarkan tubuh dalam bentuk gas yakni kentut..hehehe

-Kurangkan menelan udara yang berlebihan. Maksudnya hindari bercakap dan ketawa sambil makan, ini mengakibatkan korang menelan udara berlebihan. Makan dan minum dengan perlahan dan kunyah makanan dengan baik.

-Menghisap rokok juga menyebabkan udara yang korang hirup menjadi berlebihan. Pengumpulan udara ini menyebabkan kembung perut, membuat perut tertekan, dan akhirnya..kebabooommm.

-Kurangkan memakan makanan pedas kerana ianya  boleh mengakibatkan kembung perut.

-Kurangkan minuman seperti teh, kopi, minuman bersoda, dan alkohol. Ini boleh menyebabkan ganguan pada saluran gastro-intestinal. Juga, kurangkan kebiasaan minum dengan menggunakan straw. Minum dengan cara ini menyebabkan udara lebih banyak masuk ke dalam saluran pencernaan.

-Kurangkan makanan seperti kacang, sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus. Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches. 

Setelah makan ada baiknya korang berjalan-jalan atau melakukan aktiviti seperti menaiki tangga agar kalori terbakar dan tidak terkumul dalam perut. Ianya juga membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik