Apabila seseorang itu dilihat dalam keadaan
sedang nazak iaitu hampir tiba ajal mautnya, harapan hidup dirasakan
tidak ada lagi, maka hendaklah sentiasa diperhatikan jangan ditinggalkan
begitu sahaja bahkan tenangkan hatinya. Ingatlah dia kepada Allah,
minta ampun dan bertaubat. Rela atas apa jua kehendak dan takdirNya,
mohon agar ditetapkan iman dan husnul khatimah.
BACA SURAH YAASIN
Bacakan Surah Yaasin terhadap orang yang sedang nazak itu supaya mudah keluar rohnya dan terampun dosa-dosanya. Hendaklah dibaca dengan suara yang perlahan dan bacaan yang sederhana. Sementara itu, basahkan kapas serta diletakkan dibibirnya untuk menolong rasa dahaga yang amat sangat ketika ia sedang nazak itu. Janganlah disudukan air ke dalam mulutnya kerana ia tidak dapat lagi minum.
BACA SURAH YAASIN
Bacakan Surah Yaasin terhadap orang yang sedang nazak itu supaya mudah keluar rohnya dan terampun dosa-dosanya. Hendaklah dibaca dengan suara yang perlahan dan bacaan yang sederhana. Sementara itu, basahkan kapas serta diletakkan dibibirnya untuk menolong rasa dahaga yang amat sangat ketika ia sedang nazak itu. Janganlah disudukan air ke dalam mulutnya kerana ia tidak dapat lagi minum.
AJAR KALIMAH TAUHID
Apabila
orang yang sedang nazak itu bertambah lemah dan tanda-tanda mati
seperti hidungnya layu, kakinya kaku dan dingin, nadi bertambah lemah,
segeralah ajarkan kalimah tauhid dengan perlahan dan ringkas jua.
Apabila dilihat bergerak lidah seperti menuturkannya, maka memadailah
dengan lafaz kalimah LAA ILAA HA ILLALLAH kali terakhir di dunia ini, nescaya tempatnya di Syurga.
PERINGATAN
Para
Ulamak menerangkan ketika seseorang itu akan menemui ajal mautnya, ia
semata-mata ingat sesuatu yang sering disebut dan dituturkannya, begitu
juga ingatannya ialah jadikanlah ucapan kalimah tauhid itu sentiasa
dibibir dan dihati. Menuturkannya mudah dan timbangan pahalanya berat.
SAH MATI
Apabila
diketahui seseorang itu sah mati, maka ucapkanlah INNAA LILLAAHI
WAINNAAHI RAAJIUUN. Ertinya ialah bahawa kita semua adalah kepunyaan
Allah dam kepadaNyalah kita semua kembali. Hendaklah kita mendoakan agar
roh simati itu dicucuri rahmat dan keampunan.
DISEGERAKAN SESUDAH MATI
- Dirapatkan matanya dengan diurut perlahan hingga pejam.
- Dilembutkan sendi-sendinya kemudian diletakkan dua tangannya diatas dada. Tangan kanan menindih tangan kiri seperti dalam sembahyang.
- Luruskan kedua kakinya dan dirapatkan.
- Rapatkan mulutnya dengan diikat bawah dagunya dengan kepala.
- Tukar pakaian yang sedang dipakainya jika kotor dengan yang bersih.
- Sediakan tempat seperti katil dimana jenazah dibaringkan.
- Para Ulamak berkata supaya jenazah itu dibaringkan dengan kakinya kearah kiblat sebagaimana sembahyang menelentang.
- Diletakkan benda yang berat sedikit diatas perutnya seperti sepasang gunting supaya perutnya tidak kembung.
- Tutuplah jenazah itu dengan kain bersih, tipis dan yang cantik sebagai menghormatinya.
- Ditempatkan jenazah itu ditempat yang mudah diziarahi ramai untuk membaca ayat-ayat suci dan juga berdoa.
- Simpanlah gambar-gambar dan yang berupa patung dan sebagainya.
- Kalau ada cermin, hendaklah ditutup dengan kain.
0 comments:
Post a Comment