. Gadis disantau Guna Gambar FACEBOOK ~ BERJALAN MENUJU ALLAH

HIBURAN

Sunday, September 11, 2011

Gadis disantau Guna Gambar FACEBOOK


Dengar tajuk ni, lps ni msti ramai yang x berani nak letak gambar kat FB lagi. Ni bkn tipu-tipu tp bnr sebenar-benarnya.


Kes ni berlaku kat nilai. Mangsanya adalah  seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira yang gambarnya diambil dari laman sosialnya untuk dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

Menurut Ira, Maria adalah bekas teman wanita kekasihnya  tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihirnya kerana ingin melihat hubungan mereka hancur.

Ira tidak mengenali Maria. Apabila Maria hadir menghulurkan tangan sebagai rakan ianya disambut dgn baik kerana ingatkan Maria jujur. Namun sebaliknya yang terjadi

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

Bagaimanapun setelah berubat, baru Ira tahu bahawa dia bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Ish..ish smpai begitu sekali ko Maria. Awat la nak cemburu smp cam2 sekali. anggap jer xder jodoh. Bab gnkan ilmu sihir ni mmg teman x gemor. dosa wei... x tertanggung ko!!!!

1 comments:

seputih salju said...

ish3...nie la cinta dah dibayangi oleh syaitan..

Post a Comment