Semalam di kaca televisyen, polis menunjukkan rakaman video cctv yang menggambarkan polis tidak bertindak ganas kepada para peserta Perhimpunan Bersih 2.0 pada 09 Julai yang lalu.
Laporan akhbar hari ini ada memetik bahawa polis berkemungkinan akan mendakwa Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu kerana beliau menipu apabila mendakwa pihak Polis telah melanggar motorsikal yang dinaikinya sewaktu perhimpunan.
Pihak Polis mendakwa, rakaman CCTV menunjukkan motor yang dinaiki oleh Muhamad Sabu telah melanggar `bahu jalan' dan kemudiannya melanggar bahagian `fender' sebelah kanan kenderaan polis.
Saya amat bersetuju agar pihak Polis mendakwa Timbalan Presiden PAS tersebut dan sememangnya Muhamad Sabu amat berharap untuk berjumpa dengan pihak Polis di mahkamah.
Bahkan, dikatakan bukan sahaja Muhamad Sabu yang mahu agar peristiwa semasa di Perhimpunan Bersih lalu dibawa ke mahkamah, malahan ramai lagi yang akan berbuat demikian.
Saya tidak peduli sangat samada Muhamad Sabu melanggar `bahu jalan' atau terlanggar kenderaan polis. persoalannya mengapa motosikal yang dinaiki oleh beliau boleh terbabas sedemikian rupa?
Ertinya, sudah tentu ada sesuatu yang membuatkan haluan motosikalnya terbabas, jika benar ianya terbabas. Adakah ada sesuatu cubaan untuk melanggarnya atau menakutkannya? Dan, mengapa perlu berbuat demikian?
Percayalah, tayangan video atau cctv samada benar atau tidak tidak lagi dipersoalkan oleh rakyat. Kita hanya mempersoalkan mengapa hak kita untuk berhimpun secara aman dinafikan?
Mengapa terlalu takut dengan `KUNING' ? Adakah kerana Bersih cuba memperjuangkan keadilan di dalam sistem pilihanraya, maka itu suatu dosa besar?
Sumber daripada blog WFAUZDIN NS

0 comments:
Post a Comment