. Wanita di dalam Islam Tertindas?... ~ BERJALAN MENUJU ALLAH

HIBURAN

Thursday, May 5, 2011

Wanita di dalam Islam Tertindas?...


Salam 2 all,

Jikalau dilihat dari satu sudut, wanita Muslim seolah-olah dibebankan dengan hukum-hakam dan seperti kelihatan tertindas serta tidak mendapat keistimewaan yang sama setara dengan apa yang dinikmati oleh kaum lelaki Muslim. Kerana itulah ada golongan yang kurang atau tidak memahami Islam akan mengatakan bahawa hak-hak wanita di dalam agama suci ini kurang diberikan keutamaan antaranya seperti contoh-contoh yang tertera di bawah ini:


- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak bagi seorang suami.
- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
- Wanita menerima bahagian harta pusaka kurang dari lelaki.
- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat dari sudut yang sebaliknya?? 

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Menjadi saksi juga merupakan satu kerja yang menyusahkan. Nak kena turun naik mahkamah, kena bagi keterangan, macam-macam kena buat. Nak ke jadi saksi? Bukan itu sahaja, Allah dah tahu emosi wanita ni mudah sangat terganggu. Kalau contohnya si pesalah buat muka atau cerita sedih, mungkin wanita itu menarik balik kesaksiannya.

Wanita hanya menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak wajib diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki yang menerima bahagian pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara keluarganya.

Memang wanita besusah payah dan menanggung kesakitan ketika mengandung dan ketika melahirkan anak tetapi ketahuilah pada setiap saat tersebut dia didoakan oleh segala haiwan, para malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan seandainya dia meniggal dunia ketika melahirkan anak, matinya adalah syahid kecil. Manakala dosa-dosanya akan diampuni oleh ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seseorang wanita itu boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya sekiranya beliau memenuhi 4 syarat iaitu sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya (betulkan sekiranya tersilap).

Wanita jika taat akan kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan  menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Mudahnya...

MasyaAllah, sayangnya Allah terhadap wanita....
Wassalam...


0 comments:

Post a Comment