. Gadis Turki Islam Pertama Berbogel Untuk Majalah Playboy ~ BERJALAN MENUJU ALLAH

HIBURAN

Wednesday, April 20, 2011

Gadis Turki Islam Pertama Berbogel Untuk Majalah Playboy

BERLIN - Selama 25 tahun hidup dalam masyarakat yang berbilang budaya di Jerman ,seorang gadis yang bernama Sila Sahin menjadi seorang role model Wanita Islam Moden Berlin.Kata2 ini dari laporan sebuah akhbar Berlin semalam.

Perempuan ini yang merupakan pelakon drama telenovela Jerman yang bertajuk Bad Times amat disenangi oleh kaum keluarganya selain mendapat sokongan peminat yang menggalakkan.

Namun,pendekatan terbaru yang diambilnya membuat ramai peminatnya naik angin dan ahli keluarganya menjadi berang atas tindakan terbarunya itu.

Dia beraksi berani mati dengan mendedahkan sebelah payu daranya untuk tatapan pembaca Majalah Playboy Jerman,dia sengaja mahu menyampaikan mesej kepada kaum keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.



"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.
"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.


Keluarganya yang mula2 tidak dapat menerima perbuatannya ialah ibunya yang bertindak memutuskan hubungan kekeluargaan dengan aktres berkenaan.


"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.


Dia bagaimanapun dapat berbicara dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.

Ayahnya bimbang anaknya akan dibenci oleh seluruh rakyat Turki Jerman.Dan jika Sila tidak bertaubat, mungkin seantero dunia Islam akan membencinya.

Sila berkata,dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita2 yang tidak berani bertindak seperti soal dalam menentukan calon suami serta kedaraan mereka.Tujuannya ialah untuk membuatkan wanita2 itu berani bersuara dan bertindak.

Tindakannya itu menjadikan dia merupakan wanita Turki yang pertama berbogel untuk Majalah Playboy.Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan ahli keluarganya yang bertindak menyisihkannya.

Dalam satu wawancara,Sila merayu kepada keluarganya untuk memahami tujuan dia bergambar dalam Majalah tidak senonoh itu.

Aktres berkenaan mengharapkan supaya ahli keluarganya memaafkannya.


"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.
"Tolonglah terima saya semula," tambahnya.- kosmo

* Sumber

2 comments:

aiEz said...

tanda-tanda dunia akhir zaman..salah satunya,macam ni lah.,

H Y D E said...

nama macam pemain bolasepak di jerman, Nuri Sahin. kedua-duanya berbangsa Turki-Jerman. boleg google kalau nak tahu. hmmm

Post a Comment