. Penceraian Setiap 15 Minit ~ BERJALAN MENUJU ALLAH

HIBURAN

Saturday, March 12, 2011

Penceraian Setiap 15 Minit

PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat setiap tahun kerana kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri, termasuk mengabaikan solat.

Petikan di atas saya ambil dari Berita Harian yang menunjukkan statistik penceraian boleh dikatakan berlaku setiap 15 minit pada tahun 2009. Statistik ini dikeluarkan oleh JAKIM(menurut Berita Harian). Satu hari ada 24 jam. 1 jam ada 4 kali 15 minit akan berlaku. Jadi 24 x 4 = 96. Boleh dikatakan 96 kes penceraian berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009.

Sebagai seorang yang sudah berumahtangga, bagi saya penceraian ni satu azab. Bukan kepada suami dan isteri saja tapi pada keturunannya sekali. Kalau yang dah ada anak tu, selalunya anak akan menerima kesan yang lebih banyak daripada ibu dan bapa yang dah bercerai.

Walaupun kita percaya jodoh pertemuan dan perpisahan itu di bawah ketentuan Allah s.w.t., tapi perlu juga dikaji kenapa senario ini berlaku. Saya bukanlah orang yang layak untuk membincangkan masalah ini cuma nak berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Persoalannya adakah punca masalah ini berlaku kerana kurang pengetahuan dan penghayatan agama?

Kalau masalahnya berpunca dari kurang penghayatan agama, bagaimana ada di antara orang bukan Islam yang masih mengekalkan perkahwinan hingga ke akhir hayat? Isu ni mungkin sensitif sikit untuk saya ulas tapi saya cuma menyatakan pandangan peribadi. Pada saya tidak perlu disalahkan kurang penghayatan agama saja kerana ada juga orang yang mendalami ilmu agama pun bercerai selepas kahwin.

Saya nampak banyak manfaat kalau kita hayati bagaimana Rasulullah s.a.w. menguruskan rumahtangga baginda. Diceritakan kepada saya(sama ada melalui buku atau secara lisan) bahawa banyak hal-hal rumahtangga diuruskan oleh baginda sendiri. Dan diceritakan lagi apabila baginda balik dan melihat makanan tidak dihidangkan, baginda tidak marah terus niat berpuasa saja.

Banyak lagi yang boleh dipelajari sebenarnya. Cerita saya di atas tu anda perlulah rujuk hadis ataupun buku yang anda baca kerana biasanya buku akan tulis cerita tersebut merujuk kepada hadis yang mana. Jika tak jumpa macam yang saya cakap seperti di atas, abaikan saja sebab saya menulis berdasarkan apa yang saya dengar dan baca.

Apa yang saya cuba simpulkan, Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik dalam apa jua aspek kehidupan. Baginda bukan saja bertanggungjawab dalam keluarga malah menunjukkan sifat tolak ansur yang tinggi dalam perkahwinan. Selamat beramal.

0 comments:

Post a Comment