. Bila tidak mahu kahwin.... ~ BERJALAN MENUJU ALLAH

HIBURAN

Tuesday, March 29, 2011

Bila tidak mahu kahwin....

Buang anak di Malaysia semakin kerap disiarkan dalam media massa. Ia layak disamakan dengan kes bunuh yang lain. Maka, pesalah yang terbukti terlibat perlu dibawa ke tali gantung.Datin Seri Rosmah Mansor selaku isteri Perdana Menteri Malaysia kecewa dengan perkembangan buang bayi yang memalukan umat Islam di Malaysia ini.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassanmenggesa agar bapa kepada bayi malang itu juga wajib diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sama. Hukuman maksimum 20 tahun penjara tidak memberi kesan kepada ‘pembunuh bayi’ ini. Hukuman itu wajar dikaji tetapi biarlah ia amat setimpal dengan tahap perlakuan jenayah itu. Kesalahan membunuh berakhir di tali gantung, maka kesalahan membuang bayi juga patut menerima hukuman yang sama. Kes buang bayi boleh disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.


Bayi juga adalah insan yang inginkan kasih sayang seperti manusia lain. Remaja lelaki dan perempuan yang terlajak melakukan zina tidak seharusnya membuang bayi tersebut. Wanita ini pastinya tidak bersedia menjadi ibu atau tidak mahukan bayi berkenaan. Tanpa berfikir panjang, mereka sanggup membuang, malah membunuh anak yang mereka lahirkan. Punca kepada perlakuan buang bayi bukannya bermula di pihak wanita sahaja tetapi jelas punca angkara tidak berperikemanusiaan itu datang daripada kedua-dua bapa dan ibu.


Mari kita lihat kes-kes yang telah berlaku...


13 Februari 2010, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai menemui bayi lelaki rentung dalam tong sampah di belakang sebuah bank. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar.

10 Februari 2010, seorang bayi perempuan diletakkan di hadapan rumah Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Yan, Asisten Supritendan Abdul Rauf Md. Johar di Taman PKNK, Alor Setar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah melihat bayi itu cukup sifat. Bayi itu lengkap berpakaian dan diselimuti dengan kain lampin berwarna putih.

10 Februari 2010 - mayat bayi perempuan sedang dihurungi semutdi pintu pagar Masjid Permatang Duyong, Melaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman menyatakan bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat.

14 Disember : Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.

13 Disember: Seorang tukang sapu yang ingin mengambil beg plastik hitam dalam tong sampah yang ditempatkan di sebuah stesen minyak di Batu 2, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, terkejut sebaik mendapati plastik itu mengandungi mayat bayi perempuan cukup sifat.

17 November: Seorang lelaki yang menjala ikan di sungai berhampiran flat PKNS AU3, Keramat, Kuala Lumpur menemui mayat bayi lelaki di tebing sungai dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu.


15 November: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam kotak minuman di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.

6 November: Seorang wanita yang mengharung banjir untuk ke tempat kerjanya di Jalan Putra, Alor Setar, Kedah tergamam apabila terjumpa bungkusan plastik berisi mayat bayi yang masih bertali pusat dan uri.

10 Oktober: Seorang lelaki yang ingin mencari daun keladi pelik melihat keadaan tanah dengan kesan masih baru ditimbus sebelum mengorek tanah itu dan menemui mayat bayi perempuan yang ditanam di kawasan tanah rizab, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, berdekatan Sungai Klang, Shah Alam, Selangor.

Itu baru sedikit yang dipaparkan oleh media. Apa nak jadi dengan umat sekarang. Bila manusia telah hilang kewarasan. Telah hilang pertimbangan. Sanggup menjadi lebih buruk dari haiwan.

0 comments:

Post a Comment