. BERJALAN MENUJU ALLAH

HIBURAN

Wednesday, May 23, 2012

101 maut serangan bom di Yaman

ANGGOTA polis forensik mengutip cebisan mayat dalam serangan bom yang mengorbankan 101 mangsa di Sanaa, semalam.
Letupan ketika latihan perarakan tentera diketuai anak saudara bekas presiden

SANAA: Seorang anggota tentera Yaman yang lengkap memakai pakaian seragam meletupkan bom pada tubuhnya ketika satu latihan perarakan tentera di ibu kota negara itu semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 101 askar dan mencederakan 300 lagi, kata pegawai tentera dan pasukan perubatan.
Serangan bunuh diri itu adalah yang terburuk di Sanaa sejak Presidan Abdrabuh Mansur Hadi yang baru dilantik berjanji akan mengusir militan al-Qaeda dari wilayah selatan dan timur Yaman.
Pengebom tidak dikenali itu meletupkan bahan letupan ketika anggota tentera yang dipimpin anak saudara bekas Presiden Ali Abdullah Saleh, berlatih untuk perarakan tentera sempena sambutan ulang tahun ke-22 penyatuan Yaman utara dan selatan, kata pegawai.
“Sekurang-kurangnya 101 maut dan angka kematian mungkin meningkat,” kata pegawai yang enggan dikenali sambil menambah semua mangsa adalah anggota tentera.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab berikutan letupan itu yang menurut saksi kedengaran di seluruh bandar raya, menyebabkan penduduk panik.

Pengebom tidak dikenali itu meletupkan bahan letupan ketika anggota tentera yang dipimpin anak saudara bekas Presiden Ali Abdullah Saleh, berlatih untuk perarakan tentera sempena sambutan ulang tahun ke-22 penyatuan Yaman utara dan selatan, kata pegawai.

Pegawai polis Yaman, Kolonel Abdul Hamid Bajjash, yang bertanggungjawab mengawal keselamatan di kawasan letupan itu berkata, serangan menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.
Menteri Pertahanan Yaman, Mohammed Nasser Ahmed, berada di tempat kejadian tetapi tidak mengalami kecederaan. Saksi berkata, mayat berselerak di tempat letupan di Dataran Sabeen di Sanaa, lokasi kerajaan kerap mengadakan perarakan tentera besar-besaran.

Seorang wartawan AFP berkata, berpuluh-puluh ambulans dikejarkan ke tempat kejadian untuk memindahkan mayat dan mangsa yang cedera, ketika pasukan keselamatan mengepung kawasan itu.

Serangan semalam adalah yang terburuk di Sanaa sejak Hadi mengambil alih kuasa pada Februari lalu dengan janji memerangi kehadiran al-Qaeda.

Hadi, yang dipilih dalam pilihan raya calon tunggal seperti ditetapkan oleh perjanjian peralihan kuasa ditaja negara Teluk yang memaksa pengunduran Saleh, dijangka memberikan ucapan pada majli yang dijadualkan hari ini.

Masih tidak dapat dipastikan sama ada perarakan itu akan diadakan seperti dirancang.

Pengeboman bunuh diri itu berlaku 10 hari sejak serangan besar-besaran tentera menentang al-Qaeda di Abyan di selatan Yaman, yang menyaksikan pergerakan itu menawan beberapa bandar dan pekan dalam serangan sejak Mei tahun lalu.

Sejak serangan bermula, 213 orang maut, menurut kiraan AFP, termasuk 147 pejuang al-Qaeda, 31 anggota tentera, 18 anggota militia tempatan dan 17 penduduk awam.

Serangan dilancarkan beberapa hari selepas Rumah Putih mengumumkan rancangan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) meletupkan pesawat Amerika Syarikat berjaya digagalkan. – AFP/Agensi

By : http://www.bharian.com.my/

Wednesday, April 25, 2012

6 Cara mengubati buruk sangka


6 Cara mengubati buruk sangka

6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:


1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.


2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.


3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.


4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.


5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.


6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.


(Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127) Di sini lebih menarik

Tuesday, April 17, 2012

Dapat juga saya jumpa Tok Guru – Bob Kuman



PETALING JAYA : “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.


Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan.

Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya. (Gambar atas)

“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya. 

Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.


Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah. Klik sini

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047) Klik sini