6 Cara mengubati buruk sangka
6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih
mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.
6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.
(Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127) Di sini lebih menarik

2 comments:
salam, blog ni bagus. bertemakan islam. Tapi dengan link kat hujung post yg sgt misleading dan membawa ke iklan churp2, bukan kah itu satu penipuan? Seolah2 menjual agama demi duit seciput. Halalkan rezeki yang datangnya dari jalan penipuan?
betul sangat,,, kalau orang mulut die jahat, mungkin satu hari nanti die akan berubah jadi baik
Post a Comment